Posts

Showing posts with the label Cyst

Endometriosis & Cyst

Image
Jy Online Shop TAHUKAH ANDA ??? Apa itu endometriosis dan cyst? Cyst ni macam kantung cecair. Waktu pembedahan doktor dan jururawat akan pastikan cyst ni tak pecah sebab baunya yang sangat busuk. Penyakit endometriosis berlaku apabila tisu dari selaput dalam rahim telah tumbuh di tempat lain di luar rahim (biasanya di ovari, belakang rahim, tiub fallopio, pundi kencing dan juga tempat aneh yang lain seperti parut caeserean). Tisu endometrium ini juga boleh tumbuh pada dinding dan otot rahim yang akan menyebabkan penyakit adenomyosis. Sekiranya keadaan ini berlaku di ovari, darah akan berkumpul di situ lalu menyebabkan cyst ovari. Apabila tisu endometrium ini melekat di sesuatu tempat ia akan tumbuh dan menebal akibat rangsangan hormon dalam kitar haid. Lapisan ini juga akan mengeluarkan darah apabila seseorang wanita itu period. Mengapa Endometriosis Boleh Terjadi ? Menurut pakar, punca terjadinya penyakit ini tidak begitu jelas namun dikaitkan dengan masalah rahim terbalik j