7 CARA USAHAWAN BERJAYA GUNA UNTUK BANGUNKAN PERNIAGAAN
7 Cara Usahawan Berjaya Guna Untuk Bangunkan Perniagaan #1-Maksimumkan Penggunaan Networking. “Network!” adalah perkataan penting bagi setiap orang yang mahu bergelar usahawan. Hanya dengan networking anda dapat mengembangkan bisnes anda Jika tidak, anda hanya tinggal dalam dunia anda sendiri. Bina networking sebanyak yang boleh dan pastikan anda rekodkan setiap orang yang anda jumpa. Ringankan mulut bertanyakan nasihat dan pertolongan mereka. Sentiasa kekal berhubung dan gunakan medium seperti Facebook dan LinkedIn. Kualiti dalam perhubungan adalah kunci kepada kejayaan. #2-Fokus, Fokus, Fokus. Fokuskan pada satu matlamat. Selesaikan misi satu persatu, jangan tamak. Jadi pakar kepada produk atau servis sendiri. Ramai usahawan yang gagal kerana terlalu cepat nak cari keuntungan yang singkat sedangkan kualiti yang sepatutnya konsisten terabai dek kerana kesibukan membesarkan perniagaan yang belum matang. #3-Kita Sememangnya Akan Gagal. Tanya sesiapa pun, semua pasti p...