KENAPA KITA SELALU CEPAT RASA LETIH WALAUPUN CUKUP TIDUR?
Kenapa Kita Selalu Cepat Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? ========== Tidur yang tidak mencukupi bukan lagi menjadi penyebab utama anda selalu letih. Kadangkala, perkara kecil yang anda lakukan atau yang tidak anda lakukan boleh menyebabkan anda berasa letih dari segi mental dan fizikal yang mungkin akan mengganggu aktiviti harian anda. Ketahui penyebab yang membuatkan anda berasa letih, supaya anda lebih peka dengan kehidupan harian yang lebih baik. 1. Tidak mengambil sarapan pagi Makanan yang anda ambil sebelum tidur akan digunakan untuk mengepam darah dan oksigen. Jadi apabila bangun dari tidur, anda perlu isi semula tenaga anda dengan sarapan pagi. Jika anda meninggalkan rutin tersebut, anda akan rasa lemah. 2. Bergantung dengan makanan ringan Kajian mendapati makanan yang tinggi kandungan gula dan pengambilan gula yang berterusan akan membuatkan tubuh badan menjadi lemah. Jadi untuk mengelakkan perkara tersebut terjadi, kawal pengambilan gula dengan mengambil bijirin dalam ...