7 CARA USAHAWAN BERJAYA GUNA UNTUK BANGUNKAN PERNIAGAAN

7 Cara Usahawan Berjaya Guna Untuk Bangunkan Perniagaan

#1-Maksimumkan Penggunaan Networking.

“Network!” adalah perkataan penting bagi setiap orang yang mahu bergelar usahawan. Hanya dengan networking anda dapat mengembangkan bisnes anda Jika tidak, anda hanya tinggal dalam dunia anda sendiri.

Bina networking sebanyak yang boleh dan pastikan anda rekodkan setiap orang yang anda jumpa. Ringankan mulut bertanyakan nasihat dan pertolongan mereka.

Sentiasa kekal berhubung dan gunakan medium seperti Facebook dan LinkedIn. Kualiti dalam perhubungan adalah kunci kepada kejayaan.

#2-Fokus, Fokus, Fokus.

Fokuskan pada satu matlamat. Selesaikan misi satu persatu, jangan tamak. Jadi pakar kepada produk atau servis sendiri. Ramai usahawan yang gagal kerana terlalu cepat nak cari keuntungan yang singkat sedangkan kualiti yang sepatutnya konsisten terabai dek kerana kesibukan membesarkan perniagaan yang belum matang.

#3-Kita Sememangnya Akan Gagal.

Tanya sesiapa pun, semua pasti pernah merasai kegagalan. Kalau ditanya kepada usahawan, itu makanan wajib hadam mereka.

Bezanya erti kegagalan kepada orang biasa dengan usahawan adalah usahawan akan melihat jauh disebalik kejayaan. Mereka belajar bagaimana untuk berjaya daripada kegagalan. Jangan mengalah dan terus melangkah gagah.

#4- Biarkan Semangat Anda Memacu Destinasi Kejayaan Anda.

Nak berbisnes jangan ikut orang. Cari apa minat dan semangat anda yang sebenarnya. Jika dimanfatkan dengan elok, anda akan menjumpai jalan untuk berjaya dengan senang.

Tidak semua kejayaan usahawan lain kita boleh tiru bulat-bulat. Minat mereka berlainan dengan kita jadi apa yang memacu mereka kearah kejayaan mungkin tidak akan memacu kita kearah yang sama.

Lihat kedalam diri anda dan fahami kehendak diri sendiri sebelum berbisnes.

#5-Fikirkan Keuntungan Orang Lain Sebelum Keuntungan Kita.

Memang ramai yang jadi usahawan kerana berniat nak jadi kaya. Tidak salah cuma niat kita itu belum cukup besar. Sebelum fikirkan wang, fikirkan apa yang dapat kita sumbangkan melalui bisnes kita.

Berikan produk atau servis yang ada menjadi nilai tambah kepada orang lain barulah fikirkan bagaimana kita dapat mencari wang dan bina pendapatan berdasarkan nilai tambah apa yang kita berikan kepada orang lain.

Fikirkan bagaimana perubahan yang kita buat akan bantu merubah hidup kita dan orang lain dan sebenarnya ini lebih daripada mendapat keuntungan akan tetapi mendapat kepuasan.

#6- Wajib Belajar Daripada Mentor.

Memang dekat internet, sekali taip atau klik, kita akan dapat beribu-ribu maklumat yang kita perlukan. Macam mana? Bagaimana? Apa? Dimana? Semuanya sudah tersedia untuk dibaca.

Akan tetapi,ada beza menuntut ilmu dengan Google dengan menuntut ilmu dengan mentor. Google akan berikan anda maklumat yang diberikan oleh orang ramai, betul atau tidak, membantu atau tidak, faham atau tidak, anda kena tafsirkan sendiri.

Kalau belajar daripada mentor, dia terlebih dahulu telah hadam pengalaman tersebut dan nasihatnya adalah berdsarkan realiti semasa. Kita boleh belajar daripada kesilapan dia dan meneladani kegagalan dan kejayaan dia.

#7- Kena Sama-Sama Turun Padang.

Jangan fikir jadi usahawan bermakna jadi bos jadi kerjanya goyang kaki sahaja. Tidak boleh begitu. Harus sentiasa turun padang dan ambil tahu masalah yang dialami oleh orang yang bekerja dengan kita.

Jangan takut untuk menghadapi naik turun bisnes bersama-sama mereka yang ada dengan kita. Jujur dengan diri sendiri dan situasi syarikat, jadi transparen kepada pekerja.

Perhalusi cabaran bersama dan selesaikan bersama. Jadikan ketakutan sebagai sahabat dan belajar membesar dengannya.

Comments

Popular posts from this blog

TESTIMONI & MAKLUMAT PENUH SNE KAPSUL

LA'SOUL Korea Skincare

DOS SNE UNTUK PESAKIT KANSER