BAGAIMANA MAHU DAPATKAN APA YANG KITA INGINKAN DALAM HIDUP

Bagaimana Mahu Dapatkan Apa Yang Kita Inginkan Dalam Hidup

#1-Fokus Pada Komitmen Dan Bukan Motivasi.

Setiap orang ada matlamat hidup yang berlainan. Kita melakukan perkara-perkara yang berkaitan dengan matlamat kita untuk berjaya. Contohnya, kita nak jadi usahawan, nak buka bisnes tetapi modal tak cukup.
Kita sanggup bekerja makan gaji walaupun pekerjaan yang kita lakukan bukanlah pekerjaan yang kita sukai dan kita selalu rasa bosan dan tertekan.

Jika kita melakukan sesuatu yang kita tidak suka untuk mencapai matlamat kita, motivasi kita akan menjadi rendah. Jadi fokus kepada komitmen, sejauh mana komitmen anda sekarang akan membantu mencapat matlamat pada masa hadapan?

Sejauh mana anda sanggup berkorban untuk mencapai matlamat anda? Kalau kita betul-betul komited dengan apa yang kita lakukan, motivasi akan menyusul dan pasti kita akan berjaya.

#2- Tengok Pada Peningkatan Ilmu Bukan Tengok Pada Hasil.

Nak kekal bermotivasi bukan senang, tetapi jika kita fokus kepada keseronokan semasa mempelajari benda baru, semasa membangunkan diri sendiri melalui eksperimentasi dan penerokaan diri, motivasi kita akan sentiasa tinggi.

Sebaliknya, jika kita hanya fokuskan kepada hasil ,mungkin kita akan hampa kerana motivasi kita akan jatuh menjunam. Kadang-kadang tidak semua perkara boleh diukur dengan hasil.

Kita sebenarnya telah banyak membangunkan diri sendiri tanpa kita sedar Kuncinya adalah menikmati perjalanan semasa menuju destinasi.

Anda akan sedar yang anda telah melalui perjalanan yang berwarna-warni sebelum sampai ke destinasi pelangi. Sentiasa berdamai dengan ujian dan konflik, anggap ia bekalan diri yang akan membina jati diri kita untuk lebih berjaya kelak.

#3- Jadikan Perjalanan Anda Satu Pengembaraan Yang Menyeronokkan.

Walaupun kita komited, bermotivasi tinggi, tetapi janganlah terlalu dan sentiasa serius. Jangan lupa yang disamping kita mengejar matlamat, kita ada perkara yang lebih penting untuk diutamakan, iaitu sebuah kehidupan.

Jangan disebabkan matlamat, kita abaikan kehidupan kita, keluarga, rakan-rakan dan diri-sendiri. Dalam mengejar matlamat hidup kadang-kadang kita boleh berjaya, kadang-kadang kita boleh gagal.

Kalau kita berikan dan abadikan kesemuanya untuk mencapai matlamat kita, boleh jadi kita akan terlepas segalanya dalam hidup kita dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara.

Kita mungkin terlepas masa untuk menemani ibu-bapa kita, melihat anak-anak kita membesar, menyaksikan naik turun hidup orang-orang yang kita sayang dan lain-lain. Jangan bersendirian berjalan menuju matlamat.

Pastikan anda tidak terlepas peluang menikmati perjalanan hidup anda semasa menuju ke destinasi matlamat. Penuhi pengembaraan anda dengan keseronokan supaya anda ada gaya hidup dan emosi yang seimbang.

#4-Buang Jauh-Jauh Pemikiran Negatif.

Sebenarnya kadang-kadang kita boleh buat akan tetapi disebabkan kita sentiasa pesimis, memandang rendah diri sendiri, memandang negatif setiap perkara yang berlaku, kita tidak boleh maju ke hadapan.

Kalau hendakkan sesuatu harus diusahakan hingga jaya. Pemikiran akan mempengaruhi emosi dan emosi yang akan mempengaruhi cara kita melakukan sesuatu.

Jangan fikirkan yang negatif walaupun ujian atau kegagalan yang kita dapat sepanjang perjalanan mencapai matlamat, lihat dari segi positif, mungkin yang lebih baik akan datang, mungkin ada peluang dan hikmah disebaliknya kalau kita teliti dan perhalusi.

#5- Berhenti Layan diri Sendiri Dengan Baik.

Motivasi akan menggerakkan kita apabila kita komited untuk berjaya walau apa jua keadaan yang menimpa. Apabila kita gagal, mungkin kita akan rasa perit dan tidak mahu mengulangi kegagalan yang sama.

Jangan begitu, jangan layan diri sendiri terlalu baik dan selesa. Jangan berhenti, ulangi langkah tadi dengan cara yang berbeza.

Ambil masa untuk muhasabah apa yang silap dalam usaha yang terdahulu. Keluar dari zon keselesaan, cabar diri sendiri dan mula dengan lakukan sesuatu yang anda takut. Belajar berdikari dan cuba untuk tidak terlalu bergantung kepada diri sendiri.

Comments

  1. terimakasih infonya, ijin share gan..
    jangan lupa kunjungi link kami di https://goo.gl/vaGd8q

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TESTIMONI & MAKLUMAT PENUH SNE KAPSUL

LA'SOUL Korea Skincare

DOS SNE UNTUK PESAKIT KANSER