KANSER USUS

INFO KESIHATAN SNE : KANSER USUS
*** SHARING is CARING ***
Kanser usus yang juga dikenali sebagai kanser kolorektal
adalah salah satu daripada kanser yang kerap berlaku.
Kanser usus seringkali dapat dikesan pada peringkat awal
dan pada peringkat ini rawatan boleh menyembuhkan
penyakit ini. Terdapat juga langkah-langkah yang boleh anda
ambil untuk mengurangkan risiko kanser usus.
APA ITU USUS ???
Usus ialah organ terpanjang dalam sistem penghadaman. Ia
mempunyai dua bahagian:
Usus kecil
- tempat makanan diserap
Usus besar
- tempat air dan garam diserap
Terdapat dua bahagian dalam usus besar iaitu kolon dan
rektum.
Apa itu kanser usus ???
KANSER USUS:
KESAN DENGAN AWAL
1 Kanser usus yang juga dikenali sebagai kanser kolorektal
adalah salah satu daripada
kanser yang kerap berlaku.
Kanser usus seringkali dapat dikesan pada peringkat awal
dan pada peringkat ini rawatan
boleh menyembuhkan penyakit ini. Terdapat juga langkah
- langkah yang boleh anda ambil untuk mengurangkan risiko
kanser usus.
Usus ialah organ terpanjang dalam sistem penghadaman. Ia
mempunyai dua bahagian:
Usus kecil
- tempat makanan diserap
Usus besar
- tempat air dan garam diserap
Terdapat dua bahagian dalam usus besar iaitu kolon dan
rektum.
Kanser usus ialah ketumbuhan kanser yang biasanya bermula
dari dalam lapisan usus besar. Ia boleh membesar lama di
situ sebelum merebak ke bahagian tubuh yang lain. Oleh
sebab itu, lebih awal kanser ini dikesan lebih cerahlah
peluang untuk
menyembuhkannya. Peluang untuk sembuh adalah 90%, jika
penyakit ini dikesan pada peringkat awal.
Berapa ramaikah penghidap kanser usus ???
Kanser usus ialah kanser kedua yang paling biasa menyerang
lelaki dan kanser yang
ketiga yang paling biasa menyerang wanita di Malaysia
Siapakah yang berisiko menghidapi kanser ???
Kanser usus boleh terjadi pada semua peringkat umur, tetapi
risikonya lebih tinggi jika anda berusia lima puluh tahun ke
atas.
Risiko untuk anda mendapat kanser usus semakin tinggi jika
anda:
- mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap kanser
usus.
- pernah menghidap penyakit radang usus (kolitis ulser atau
kolitis Crohn) lebih daripada lapan tahun.
Jika anda mempunyai faktor-faktor di atas, berbincanglah
dengan doktor anda tentang risiko mendapat kanser usus
Tanda-tanda kanser usus :
- Keluar darah daripada dubur atau terdapat darah selepas
membuang air besar.
- Perubahan ketara pada tabiat membuang air besar:
contohnya , lebih kerap membuang air besar atau najisnya
cair, kerap sembelit dan/atau rasa lebih kerap hendak buang
air besar daripada biasa.
- Berasa tidak puas selepas membuang air besar.
- Sakit perut.
- Berat badan turun tanpa sebab yang nyata.
- Berasa penat, lemah atau sesak nafas tanpa sebab. Gejala
ini
mungkin disebabkan oleh anemia akibat kekurangan zat besi.
Anemia jenis ini boleh disebabkan oleh kanser usus.
Amalkan SNE Kapsul mengikut dos yang dicadangkan untuk proses rawatan dan baik pulih. Maklumat lanjut / pertanyaan / tempahan produk sila terus hubungi / WhatsApp / Viber 0149565112 - Jy untuk respon yang pantas.

Comments

Popular posts from this blog

TESTIMONI & MAKLUMAT PENUH SNE KAPSUL

DOS SNE UNTUK PESAKIT KANSER

LA'SOUL Korea Skincare