PENYAKIT KAYAP


APAKAH PUNCA PENYAKIT KAYAP ???
Mengikut laporan kesihatan, Kayap atau Shingles disebabkan
oleh jangkitan sejenis virus dikenali varicella-zoster virus
atau VSZ.
Virus ini adalah virus yang sama yang menyebabkan
chickenpox sewaktu kita masih kecil. Virus ini biasanya akan
berada dekat pangkal saraf dan ianya membiak semula
kebiasaannya terjadi disebabkan oleh masaalah seperti
stress / tekanan, badan rasa lemah2, kecederaan pada kulit
dan juga akibat masaalah penyakit kanser.
Selepas jangkitan beberapa hari, bahagian kulit kayap itu
akan menjadi kemerah2an, menjadi ruam panas, ada yang
bernanah, ada menjadi biji berbuih dan mula menjalar.
Kawasan jangkitan:
mana2 bahagian kulit tubuh kita samada bahagian badan,
mata , ketiak mahupun bahagian hidung
Simtom-simptom dijangkiti kayap:
- berasa nak demam
- tekak rasa loya
- pening berpanjangan
- badan dijangkiti ruam panas
- badan rasa sengal
- hilang selera makan
- pesakit akan dijangkiti gelembung air pada bahagian
tertentu di badan untuk jangkitan yang lebih teruk
- pesakit alami sakit teramat sangat apabila disentuh pada
kulit
- kulit juga akan rasa gatal2
- kulit rasa geli2
- kulit terasa panas seperti terbakar
- timbul ruam2 panas
Jenis2 penyakit kayap:
1) Kayap Ular
2) Kayap melukut
3) Kayap jagung
4) Kayap api2
5) Kayap setompok
6) Kayap selendar
7) Kayap harimau
8) Kayap bersambung (umur pendek)
Kayap Ular
- paling merbahaya dan boleh membawa maut
- boleh akibatkan badan kurus akibat hilang selera makan
- kayap jenis menjalar / melilit (merebak)
- boleh terjadi dimana2 bahagian badan
- bermula dari tengah belakang dan menjadi semakin panjang
sehingga mengelilingi badan ke bahagian dada
- ada juga menyerang bahagian dada saja
- boleh menyerang bahagian urat saraf 'rasa'
- Biasanya ruam kayap ular ini berkumpul ataupun berbaris
mengikut lengkaran urat saraf ‘rasa’. Bila ini terjadi,
seseorang akan merasa pening2 dan sakit diikuti pula dengan
tumbuhan ruam di bahagian dahi dan di bahagian tepi mata.
Jika mata turut diserang ia kelihatan merah dan berlakulah
masaalah ‘conjunctivitis’.
- keadaan kulit boleh melecet, gatal2 dan pedih serta sakit
- ambil masa juga untuk sembuh diantara beberapa hari ke
minggu, ada yang sehingga bertahun2 disebabkan faktor usia
Pantang larang bila dijangkiti penyakit kayap:
1) Cepat2 jumpa doktor atau pakar perubatan untuk nasihat
dan rawatan. Boleh juga jumpa pakar rawatan tradisional.
2) Elakkan pakai pakaian ketat. Pakai pakaian yang longgar
untuk mengurangkan kesakitan disebabkan geseran pakaian
dengan bahagian kulit.
3) Jangan pakai seluar serta baju yang berhawa panas
(contoh jemur di luar rumah dibawah terik matahari atau yang
baru digosok)
4) Jangan pakai seluar serta baju yang basah
5) Elakkan menggaru bahagian kayap itu dikhuatiri boleh
merebak ke bahagian lain. Kayap ni akan rasa gatal2, minta
ubat untuk kurangkan rasa gatal2.
6) Bila mandi, biasakan mengosok pelan2 bahagian kayap tu
dengan sabun untuk pastikan kebersihan pada bahagian
kayap tu.
7) Jika boleh, semasa dijangkiti penyakit kayap ni , elakkan
dari mendekati ahli keluarga serta rakan2 dikhuatiri mereka2
ni akan dijngkiti pula.
8) Jaga pemakanan dikhuatiri rasa bisa dan gatal2. Makan
kena pantang seperti orang dalam pantang bersalin, makanan
gatal2 dan goreng2 cuba elakkan, hanya makan yang rebus,
stim atau bakar. Jangan makan makanan berminyak.
9) Kurangkan makan buah tempatan atau sayuran yang
menjalar/berjalur (contohnya tembikai,timun,labu)
10) Tak boleh dengar orang goreng lauk dan tak boleh goreng
sebarang benda pun.
11) Bila kayap dah kering jangan dikupil parutnya, biarkan ia
tanggal sendiri sebab jika bahagian kulit belum betul2 kering
ia akan terluka dan kembali merebak.
Petua2 rawatan boleh dicuba:
1) Sapu dengan lendir daun aloe vera
2) Sapu dengan kelapa parut campur gula melaka ke
bahagian kulit terkena kayap tu
3) Gunakan daun cili dan kapur makan. Tumbukkan atau
ramas daun cili serta campurkan sedikit kapur. Sapukan
dibahagian kulit terkena kayap.
4) Gunakan daun pokok duit2. Ditumbuk hancur, ambil
daunnya serta air perahannya dan ditekap pada tempat
dijangkiti kayap tu. Jika boleh, dibengkungkan semalaman.
5) Gunakan daun delima ditumbuk lumat dan dicampurkan
dengan bedak sejuk (tanpa pewangi) dan tempekkan pada
tempat kayap itu.
6) Gunakan daun bunga melor, Pucuk daun buah delima,
Daun setawar dan Pucuk daun mambu. Semua daun di atas di
tumbuk atau di blender dan di campurkan dengan bedak sejuk
(tanpa pewangi) dan di bancuh pekat. Kemudian di sapu atau
tampal atau tempekkan pada tempat kayap tu .
7) Gunakan ubi larut. Di gosokkan pada simen atau lesung
batu, ambil pati nya dan sapu di tempat kayap tersebut.
8) Minum minuman yang menyejukkan badan contoh getah
anggur dicampur dengan kembang semangkuk
9) Guna akar rumput kerbau, basuh dan celup dalam bedak
sejuk. Sapu pada tempat yang kena kayap tu.
10) Gunakan garam bukit (rock salt)
Cara merawat
ambil sedikit garam bukit dan campur sedikit air biar garam
bukit tersebut separuh larut dan sapu di kawasan kayap
tersebut. Amalkan 2-3 kali sehari sebelah pagi dan malam.
Selepas tu ambil 4 cubit garam bukit dan masukkan dalam
segelas air, lepas kacau sehingga larut sambil berselawat
dan minum (sunnah rasul)
11) Ambil sebatang pokok keladi candik. Atau nama lainnya
keladi merbah. Seterusnya, keluarkan air dari batang pokok
keladi tu dan sapukan air tersebut pada kawasan badan yang
dijangkiti kayap.
Sambil2 berubat tu, cuba dapatkan juga air penawar dari
pakar perubatan tradisional. Biasanya air penawar ni
disediakan berpandukan kepada ayat2 suci al-quran.
Semasa sedang berubat tu, selalu2lah berdoa kepada Allah
agar sembuh cepat. Insyallah boleh sembuh.
***********************************
Alternatif lain ....
Cukup dengan hanya memakan Kapsul SNE & disapu pada
bahagian badan yang dijangkiti ... 100% penyakit kayap pasti
akan sembuh !!! Percayalah ...setiap penyakit pasti ada
penawarnya sekiranya kita rajin berusaha dan berikhtiar.
Sebarang pertanyaan/pembelian bolehlah SMS / WhatsApp / Viber 0149565112 - Ms.Jy.

Comments

Popular posts from this blog

TESTIMONI & MAKLUMAT PENUH SNE KAPSUL

DOS SNE UNTUK PESAKIT KANSER

LA'SOUL Korea Skincare