KANSER KOLON
Kanser Kolon
Kanser kolon merupakan kanser yang terdapat di dalam usus besar (kolon) iaitu bahagian bawah sistem pencernaan anda. Kanser rektal pula terdapat di lapan hingga 10 inci terakhir kolon. Apabila kedua-duanya bergabung, ia dikaitkan dengan kanser kolorektal dan menjadi punca kedua kematian yang melibatkan kanser di Malaysia terutamanya kaum lelaki.
Simptom-simptom
Kebanyakan pesakit kanser kolorektal, anda mungkin tidak mempunyai sebarang simptom di tahap awal penyakit ini. Simptom- simptom berbeza bergantung saiz kanser dan kedudukannya di dalam usus besar. Dalam beberapa kes, simptom-simptom ini mungkin terjadi bukan disebabkan kanser tetapi penyakit usus radang, sindrom usus rengsa dan kadangkala divertikulitis. Berjumpalah doktor sekiranya:
Perubahan di dalam tabiat usus termasuk diarea/cirit-birit atau sembelit atau perubahan tabiat membuang air besar anda buat beberapa minggu
Najis yang ‘sempit’
Perdarahan rektal atau najis berdarah Rasa tidak selesa pada abdomen yang berterusan seperti kekejangan, angin atau rasa sakit
Abdomen sakit apabila membuang air besar
Rasa seperti usus tidak dikosongkan sepenuhnya
Kehilangan berat badan yang tidak diketahui puncanya.
Faktor-Faktor Risiko
Kanser kolon dan rektal boleh merebak tanpa mengira usia, dan tiada siapa yang terlalu muda untuk mendapat kanser kolorektal. Kira- kira 90 peratus pesakit berusia lebih 50 tahun.
Jika anda pernah mempunyai kanser kolorektal atau adenoma polipus, anda berisiko lebih tinggi untuk menghidap kanser kolorektal pada masa akan datang.
Kebarangkalian anda menghidapi kanser kolorektal adalah tinggi sekiranya ahli keluarga anda mempunyai penyakit tersebut.
Kanser kolon dan rektal mungkin dikaitkan dengan diet yang rendah fibernya dan tinggi dalam lemak dan kalori.
Apabila anda tidak aktif, sisa-sisa buangan akan berada di dalam kolon anda dengan lebih lama. Dengan melakukan aktiviti fizikal secara teratur akan mengurangkan risiko kanser merebak.
Pesakit diabetes mempunyai sehingga 40 peratus risiko kanser kolorektal.
Terdapat lebih 1:10 penyakit kanser kolorektal yang mengakibatkan maut berpunca daripada merokok. Jika anda pernah didiagnosis dengan kanser kolorektal, perokok mempunyai 30 hingga 40 peratus risiko untuk meninggal dunia disebabkan penyakit yang mendatangkan maut ini.
Terlalu banyak mengambil alkohol.
AWAS NAJIS MERAH
Dapatkan Nasihat Perubatan.
★ ★ ★ ALTERNATIF LAIN ★ ★ ★
AMALKAN SNE KAPSUL + EXCEL TEA
Hubungi / WhatsApp / Viber / Wechat 0149565112 - Ms.Jy.
Comments
Post a Comment