Soalan & Jawapan
Ok, kali ini hendak keluar sedikit dari mempromosikan SNE, anda boleh baca daripada post blog ini sebelum ini. Kali ni lebih santai, berkenaan badan kita. Kadang saya perhatikan, ada customer (Jy sendiri pon sama sebenarnya) seolah-olah tak sabar tunggu perubahan, tak sanggup hendak hadap tindak balas pemulihan. Masing-masing harap kalau boleh telan SNE dan BE malam ni, bangun pagi esok dah cantik. wow! Lepas tu, muncul produk baru yang sedia ada belum habis terus beli dan cuba yang baru tersebut, lalu sejarah berulang. Bila hendak abes kitaran ini kan? Sebab produk baru macam cendawan tumbuh selepas hujan. Saya pon kekadang kelabu mata teruja tengok produk kecantikan yang muncul, siapa tak nak cantik kan? Cuma kesetiaan je menjadi penghalang dari terus place order dan cuba lalu berpaling tadah dari SNE (cewah, ayat tak boleh blah!). Dari mana datangnya kesetiaan? Dari pemahaman dan pengalaman menggunakan produk SNE, bukan setakat pengalaman sendiri tapi pengalaman dari customer dan juga bekas-bekas pesakit yang dah makin sihat dan sembuh setelah berikhtiar menggunakan SNE. Apa yang boleh saya simpulkan ialah, SABAR. Inilah kunci paling utama. SABAR la saat anda menelan SNE, YAKIN lah anda sedang berusaha untuk lebih sihat, lebih cantik dan akhirnya pasti anda akan berpuas hati dengan hasilnya, pemikiran positif membawa hasil yang positif.
Q: Kenapa saya makan SNE (dan produk SNE yang lain) berkotak-kotak macam takde kesan je?
A: SNE ialah makanan tambahan/supplement. Tujuan pengambilan supplement adalah untuk memberi nilai tambah nutrisi kepada badan kita, kerana memang mustahil kita dapat memenuhi dengan tepat keperluan nutrisi mengikut piramid makanan yang disyorkan setiap hari. Kekurangan vitamin dan nutrisi tertentu menyebabkan organ dan sel badan kita tidak mampu berkerja dengan optimum, efektif dan effisen untuk memberikan tahap kesihatan yang terbaik dan mencegah penyakit. Asas supplement daripada bahan-bahan organik iaitu tumbuhan dan herba bukan DRUGS/CHEMICAL.
Proses keberkesanan SNE mempunyai beberapa peringkat iaitu;
Proses ini mengambil masa berbeza mengikut individu dan persekitaran dalaman badan masing-masing. Analoginya begini dua buah kereta, model yang sama, beli tahun yang sama dihantar ke bengkel. Kereta A siap diservis awal manakala kereta B memerlukan lebih masa 2-3 hari untuk diservis. Kenapa? Sebab pemilik kereta A sangat cermat orangnya, pemilik kereta B pula main belasah je guna kereta sehingga banyak kerosakan yang perlu dibaik pulih sehingga perlu tukar spare part dan memerlukan masa yang lama untuk diservis. Begitu juga badan kita semua? Jika anda seorang yang terlalu menjaga pemakanan, cerewet memilih makanan yang sihat dan baik, rajin bersenam dan sebagainya anda tidak perlu masa yang lama untuk diservis oleh SNE. Saat SNE masuk ke mulut anda, SNE dan memulakan tugasannya yang pertama iaitu detoksifikasi (proses membuang toksin).
Q: Saya makan SNE dan BE jerawat tumbuh lagi seronok, kenapa?
A: Inilah dia proses detoksifikasi. Badan kita penuh toksin dan bertambah setiap hari disebabkan oleh pemakanan, kosmetik dan persekitaran. Sampai di satu tahap, toksin inilah yang menyebabkan pelbagai penyakit kronik yang sangat memudaratkan kita.
Proses pembuangan toksin secara semula jadi ialah melalui pembuangan air besar dan air kecil, berkahak, berpeluh dan darah haid (bagi perempuan). Jerawat salah satu cara pembuangan toksin apabila kita kurang minum air. Jadi kita kurang membuang air kecil dan air besar lalu toksin tiada pilihan lain untuk keluar melainkan melalui liang-liang terbuka di kulit kita. Maka keluarlah jerawat. Proses tindak balas pemulihan SNE berbeza dan bergantung kepada badan masing-masing. Ada yang sengal-sengal sendi, ada yang terasa sakit di bahagian badan lain semuanya proses recontruct semula sistem badan supaya kembali beroperasi secara semulajadi.
Q: Perlu ke minum air banyak-banyak, saya malas la nak ulang alik ke tandas untuk kencing.
A: Anda rajin bersenam? Mengeluarkan peluh untuk mengurangkan toksin dalam badan? Takde masa kan jawapan anda? Ya kerana itu kita perlua rajin minum air banyak-banyak supaya kita kerap kencing dan kerap ulang alik ke tandas. Berjalan merupakan senaman asas paling ringkas dan senang untuk dilakukan, jadi anda dapat 2 manfaat hasil daripada minum air banyak-banyak. Ok sangat kan?
ok, sekian dulu. Nanti Jy sambung bebel lagi ye :)
Wassalam, jaga kesihatan ye. Barulah cantik ^^,
.
SMS / WhatsApp / Viber 0149565112 - Jy
Comments
Post a Comment