Tips Terbaik Untuk Menghilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata

Adakah Anda Bimbang Tentang Masalah Lingkaran Gelap Bawah Mata? 
Ini adalah masalah yang paling teruk bagi setiap wanita yang cintakan kecantikan wajah. Masalah lingkaran gelap bawah mata ini terjadi adalah kerana tidak cukup tidur, kemurungan, penuaan, tekanan, pemakanan dan bekerja sampai lewat malam. 

Adakah anda pernah cuba mana-mana produk yang ada di pasaran yang mendakwa boleh menghilangkan lingkaran gelap bawah mata ini? 

Terdapat banyak produk diluar yang boleh menghilangkan lingkaran gelap bawah mata anda ini, tapi ia memerlukan anda memilih produk yang terbukti berkesan HALAL dan semestinya diluluskan KKM, ini sangat penting untuk wajah anda nanti.

Disini saya nak kongsikan beberapa tips untuk anda amalkan hanya menggunakan bahan dirumah anda sahaja, dan yang penting anda boleh amalkan secepatnya untuk selesaikan masalah ini nanti.

Tips Untuk Anda Amalkan

Kentang yang terbaik untuk tujuan ini kerana ia mempunyai kesan semula jadi. Hanya mengambil dua keping dan meletakkan pada mata selama 10 minit, buat tip ini selama satu minggu.

Jus lemon dan jus tomato bermanfaat untuk masalah ini.

Timun mempunyai unsur-unsur menyerikan kulit. Hirisan timun diletakkan di mata anda untuk 20 -30 minit lakukan ini setiap hari dan anda akan dapati masalah ini beransur pulih.

Uncang teh sejuk boleh membantu anda untuk menghilangkan lingkaran gelap bawah mata.

Minyak badam juga boleh disapukan pada bawah mata yang gelap ini setiap malam sebelum tidur, basuh pada esok paginya.

Cuci muka dengan air yang sejuk, dapat kurangkan masalah lingkaran gelap bawah mata ini.

Jus epal juga dapat digunakan untuk masalah ini, sapukan pada lingkaran gelap bawah mata.Lakukan tips ini setiap hari untuk selesaikan masalah ini, pilih tips yang anda suka. 

#LASOULHOLIC

Comments

Popular posts from this blog

TESTIMONI & MAKLUMAT PENUH SNE KAPSUL

DOS SNE UNTUK PESAKIT KANSER

LA'SOUL Korea Skincare